Perlukah aku cerita pasal travel ke Singapore? Adeh. Dah ramai pergi
sana dan dekat je pun. Tapi lantaklah, letak jela sini. Kenangan katanya. Nanti
boleh tunjuk kat anak cucu cicit.Erk.
So, plan nya adalah 2 hari 1 malam sahaja. Eh, tapi itinerary
sangat pack, okay! Travel kali ni ramai sikit, 6 enam orang kesemuanya dan masing-masing
single dan available time ni. Haha. Pergi lalu jalan udara, balik lalu jalan darat.
Summary of itinerary (Bagi yang malas nak baca aku membebel kat bawah)
:-
Day 1
6.30 am – Depart from LCCT. Naik Air Asia la!
8.00 am – Selesai keluar dari Changi airport dan menuju ke
Universal Studio Singapore (USS).
10.00 am –USS baru buka. Bergambar dan main-main sampai muntah.
7.00 pm – Check in hotel.
8.00 pm – Keluar cari makan.
Day 2
9.00 am – Check out. Breakfast. Jalan pergi Chinatown. Beli
souvenir kat sini.
11.00 am – Singgah di Mustafa. Ada yang membeli perfume.
2.00 pm – Jalan-jalan di sekitar Merlion Park.
5.00 pm – Mencuba makan di Zam Zam restaurant. Murtabak Singapore
sini sangat sedap!
7.30 pm –Gerak ke stesen bas untuk pergi ke Johor Bahru. Sampai di
Johor, seingatnya JB sentral, tunggu pulak untuk train berlepas.
Bermulalah jalan-jalan bawak beg yang berat….
Day 1 – 02/07/2011 Saturday - Universal Studio Singapore - Beratur Panjang!
Jumaat malam tu kitorang dah gerak ke LCCT sebab flight adalah seawal
6.30 am. Makanya kami ni tidur jela di airport tu. Macam dah biasalah tidur kat
airport ni. Kadang-kadang memang tak boleh nak tidur pun sebab bising. Masa
untuk check in semua dan perjalanan dari LCCT ke Changi Airport tak lama,
kurang satu jam je, tapi persediaan nak naik dan turun flight setelah tiba, tu
yang ambil masa.
Itulah jambatan penghubung Johor & Singapore
Sampai Changi Airport! Yay!
Sesampai di Changi airport, terus je naik MRT untuk ke destinasi pertama
iaitu Universal Studio Singapore (USS) yang merupakan tujuan yang utama kitorang
datang Singapore ni. Tiket USS dah beli siap-siap online. So, pada yang
berbajet tu mohon beli tiket sebulan or dua bulan awal, so takde la terasa sangat
keluar banyak duit. :) (Walaupun hakikat nya memang keluar duit banyak pun
sebab satu tiket je dah berharga RM170+ pada masa itu).
Di USS, macam-macam lah kau boleh buat. Yang pastinya, bergambar dengan
character-character yang famous tu, pastu feeling-feeling kat US. Gitu. Pastu,
main lah permainan-permainan yang extreme. Oleh sebab ramai sangat orang,
makanya aku rasa banyak masa habis adalah untuk beratur je semata. Huh. Di sini
juga disediakan surau, tak risaulah nak solat. Lepas solat, kau boleh sambung
main lagi. Eh!
Ada juga disediakan locker. Locker agak mahal, tapi kau boleh
share dengan kawan-kawan kau. Nak main-main tak best bawak beg berat. :p
Marilyn Monroe jadian...
Walaupun kami sorok-sorok bawak makanan, tapi still lunch kat dalam
ni. Jangan Tanya harga, mahal yang amat. Kitorang lunch kat Mummy restaurant.
Okay jela, not bad. Bolehlah buat makan dan tahan sampai dinner nanti.
Sangat kempunan tak dapat naik yang extreme ni sebab masalah teknikal bila aku dah separuh jalan beratur!
Makan soto di Mummy Retaurant
Agak lama jugak kitorang berada kat USS ni. Yela, memanfaatkan
masa yang ada kat sini setimpal dengan harga yang dibayar. (T_T). Dah agak lebam
kat sini, bergeraklah kami ke hotel untuk check in. Aku agak lupa nama hotel
kitorang tapi ianyaterletak di kawasan Jalan Joo Chiat. Kat sini senang nak dapat
makanan halal dan harga pula berpatutan. Malam tu, kitorang cari dinner kat
area sini je dan balik dari dinner tidur, penat sebab seharian bermain!
Day 2 – 03/07/2011 Sunday - Chinatown, Souvenir, Merlion Park, Murtabak Singapore
Last day, kitorang keluar agak awal sebab banyak tempat nak pergi.
Tapi sebelum tu, breakfast dulu. Breakfast berat sikit sebab taktau lagi akan
lunch ke tak. Lepas breakfast tu, pergi berjalan-jalan di Chinatown. Di sini banyak
kedai menjual souvenir dan harga pun okay lah. Mampu milik. Gitu. Aku beli lah
jugak fridge magnet sebagai kenangan.
Masing-masing tengah pilih souvenir!
Kitorang jalan-jalan juga di kedai Mustaffa. Sebab kat sini famous
tempat jual perfume yang agak murah. Ada jugalah yang membeli perfume kat sini.
Aku? Walaupun harganya murah (katanya), tetap lah aku membajet dan tak beli.
(Tapi bila balik Malaysia, menyesal tak beli! Adeh *tepuk dahi*)
Perjalanan diteruskan lagi dengan berjalan di sekitar Raffles
place. Makan aiskrim kat sini sambil duduk-duduk tengok sungai di tengah
Singapore. Adalah statue-statue kat tepi sungai ni yang boleh nak amik gambar.
Disebabkan aku gemuk dan penat dan berpeluh ketiak berjalan dengan bawak berat,
makanya aku duduk saje kat sini sambil makan aiskrim!
Sungai di tengah-tengah bandar
Tengah-tengah panas ni memang sedap makan aiskrim!
Keletihan.....
Dari Raffles place ni kitorang berjalan ke arah Merlion Park. Tak jauh
sangat pun. Tapi kalau dah seharian suntuk kau berjalan ditambah bawak beg
berat, penatlah jugak kan. Huhu. Kat Merlion Park ni ada Lion statue yang kuar
air dari mulutnya tu.Pastu boleh la tengok Marina Bay dari kejauhan. Berehat dan
lepak di sini sebelum berjalan lagi ke destinasi seterusnya.
Merlion Park yang famous
Marina Bay dari kejauhan....
Bergambar kenangan berlatarbelakangkan Marina Bay. It's a memorable travel!
Acara penutup kami adalah dengan jalan-jalan cari makan di ZamZam
Restaurant. Di sini terkenal dengan nasi beriyani dan murtabak Singapore!
Sedap! Ianya terletak berdekatan area Bugis Village.
Zam Zam Restaurant
Lepas makan dan kenyang dan bertenaga semula, bergeraklah kami ke stesen
bas untuk menaiki bas ke Johor Bahru. Sampai di Johor (JB Sentral), tunggu pulak
train untuk pulang ke KL. Dalam train, berehat & tidur!
Berjalan mencari stesen bas
Tunggu train pulang ke KL















No comments:
Post a Comment