Pages

Travel - Melarikan Diri : New Year 2011 Di Hat Yai & Songkhla

Friday, January 29, 2016
Bila dah terjebak dengan travel-travel ni dan AirAsia pulak mula advertise ticket promo, apalagi, nafsu nak bercuti tu pun datang! But of course, budget travel.
So, end of Dec 2010, kitorang, geng-geng travel ni pegi ke Hatyai, Selatan Thailand. Ni unplanned decision, terus book flight dan hotel. That was my first time booked a hotel using Agoda. Hotel VL Hatyai, agak best. Apabila menyebut pasal unplanned plan, makanya semua adalah tidak dirancang dan dirancang sewaktu tiba di sana. Terima kasih pada hotel receptionist yang mencadangkan tempat-tempat yang boleh dilawati dan tolong book kan teksi. (Still murah guna teksi sebab divide by 4! :p)

Summary of itinerary (Bagi yang malas nak baca aku membebel kat bawah) :-

Day 1

12.25 pm – Tiba di Hat Yai International Airport & checked in.
3.00 pm – Berjalan di sekitar Bandar Hat Yai dan mencari makan.
11.00 pm – Berjalanlagi di sekitar Bandar Hat Yai dan melihat mereka menyambut New Year 2011.

Day 2

9.00 am – Reclining Buddha and other temples
1.00 pm – Hat Yai Ice Dome
4.00 pm – Floating Market

Day 3

10.00 am – Gerak ke Songkhla dan destinasi pertama adalah Songkhla Zoo.
2.00 pm – Lunch in Samila Beach and visited Golden Mermaid statue.
4.00 pm – Melawat tempat pelabuhan kapal (kot).

Day 4

Balik Malaysia!


Kisah bermula....

Day 1 – 31/12/2010 Friday

Kami tiba di Hat Yai International Airport pada pukul 12.25 pm waktu Thailand. Kitorang sewa cab  dan terus checked in ke VL Hat Yai Hotel. Macam biasa, checked in, unpacked barang dan bersiap sedia untuk keluar. Takkan kau nak duduk je dalam hotel kan walaupun sampai sana dah petang. Sebelum gerak tu, kitorang tanya receptionist apa yang menarik kat Hat Yai ni dan minta dia tolong book teksi untuk 3 hari berikutnya. Bila settle je semua, berjalanlah kitorang di sekitar Bandar Hat Yai itu dan juga mencari tempat makanan halal. Kitorang jumpa tempat halal itu tapi aku lupa nama kedainya. Erk. Bandar nya takdelah besar mana dan seperti bandar-bandar biasa, pada aku macam Bandar Muar saje.:p. Nampak meriah sikit sebab malamnya tu akan ada sambutan tahun baru 2011. Habis jalan-jalan tu, balik bilik, rehat dan bersiap.

Pada malamnya pula, kitorang keluar lagi untuk melihat sambutan New Year 2011 di sana. Okay, yang peliknya belum lagi detik 12 malam, tapi dah ada yang main bunga api, mercun bagai. Sana sini. Tu okay lagi, tapi mercun diorang sangat bahaya sebab diorang main baling je, sedar-sedar dah dengar bunyi letupan dan kadang-kadang tu dekat je dengan kitorang. Oh my! Okay. Berbalik pada cerita sambutan tahun baru di Hat Yai, kitorang berhenti di satu tempat ni di mana macam fun fair game pulak. Ianya macam kau bayar untuk baling benda. Tapi benda yang kau aim tu adalah tempat duduk dan orang yang duduk situ adalah orang perempuan, dan kalau baling tu terkena, perempuan-perempuan ni akan terjatuh dalam air dan of course dia jadi basahlah seluruh badan. Erk. Hmm. Aku tak reti nak explain macam mana, tapi tengoklah gambar kat bawah tu nanti.
Kitoang keluar lambat sebab taknak lama-lama kat luar, so once dah detik 12 malam, kitorang pun cepat-cepat balik hotel.Tak tunggu lama-lama kat situ sebab banyak sangat orang dan nasib baik group kitorang bukanlah semua perempuan. Time ni la rasa bagus ada group travel lelaki ni.



Tahun baru di Hat Yai


Berjalan di sekitar Hat Yai





Permainan lontar dan jatuh yang diceritakan tadi



Day 2 – 01/01/2011 Saturday

Teksi kitorang amik kitorang seawal 9.00 am (kalau aku tak silap). Then kitorang gerak ke destinasi pertama, Reclining Buddha Temple. Ni dah macam kat penang tu, patung Buddha yang sangat besar. Lepas tu visit another temple yang aku tak ingat namanya apa. Maaf. After that, kitorang gerak ke Hat Yai Ice Dome yang tiketnya berharga 300 baht. Tempat ni ala-ala yang kat I-City tu, sebab tu masa aku mula-mula pergi yang kat I-City tu, aku tak excited pun sebab dah pernah pergi yang kat Hat Yaini. (Fyi, Hat Yai yang mula bina benda ni barulah I-City). Dalamnya sejuk macam kau masuk fridge yang besar. Dan adalah ukiran-ukiran ice yang dibina, contohnya bangunan atau apa saja yang melambangkan trademark sesebuah negara. Yup, adalah KLCC di situ. Lepas dah abis beku kat situ, kitorang mula bergerak untuk melihat apalagi yang ada di situ. Terdapat juga tempat untuk melihat pameran bunga dan pameran-pameran lain.
Setelah puas lepak kat Hat Yai Ice Dome tu, kitorang gerak ke Floating Market. Thailand memang terkenal dengan floating market ni. Macam pasar malam dan ada yang menjual di atas sampan. Gitu. Yang kat Hat Yai ni ada saje makanan yang halal. Tapi, terdapat juga makanan-makanan eksotik. Mohon try cuba. Aku tak try. Sekian.


Reclining Buddha








Other than ice... In Ice Dome



Floating Market



Insya-ALLAH halal :)





Makanan eksotik yang diceritakan itu


Day 3 – 02/01/2011 Sunday

Oleh sebab Hat Yai takde apa sangat melainkan sebuah bandar kecil kitorang pun gerak ke Songkhla. Perjalanannya tak lama mana pun (sampai tak ingat haa sekejap je kot). Apa kitorang buat kat Songkhla? Pertama sekali melawat Songkhla Zoo. Zoo Negara pun kau pegi masa kecik je yg dah berbelas tahun yang lepas, tapi kau pegi  pulakSongkhla Zoo ni kan. Hmm. Kat zoo, macam biasa la kan, tengokhaiwan-haiwan yang tak banyak beza pun kat Zoo Negara. Ada seal show, bagi makan rusa… ke kancil? Erk.Dapat pegang anak leopard dan gajah. Jakun sikit.

Tengah harinya, makan kat Songkhla berdekatan pantai. Again, aku lupa apa nama pantainya. Harap maafin. Aktiviti diteruskan dengan berjalan-jalan di Samila beach. Di sini ada Golden Mermaid statue yang agak popular dan katanya kalau pegang (especially kat bahagian breast) mermaid ni impian jadi kenyataan. Jangan percaya! Aku amik gambar suka-suka je.:p Selepasitu, kitorang pegi jugak melawat tempat kapal-kapal berlabuh. Ini disebabkan one of the travel member dulu pernah kerja situ. So, kiranya melawat tempat jatuh lagi kan dikenang. Gitu.



On the way to Songkhla


Songkhla Zoo



Seal Show


Samila Beach


The Golden Mermaid


Pelabuhan kapal


Day 4 – 03/01/2011 Monday

Baliklah ,balik! Kembali ke pangkal jalan.

No comments:

Post a Comment