Pages

Travel - Melarikan Diri : Backpacking To South, Singapore

Saturday, February 27, 2016
Perlukah aku cerita pasal travel ke Singapore? Adeh. Dah ramai pergi sana dan dekat je pun. Tapi lantaklah, letak jela sini. Kenangan katanya. Nanti boleh tunjuk kat anak cucu cicit.Erk.
So, plan nya adalah 2 hari 1 malam sahaja. Eh, tapi itinerary sangat pack, okay! Travel kali ni ramai sikit, 6 enam orang kesemuanya dan masing-masing single dan available time ni. Haha. Pergi lalu jalan udara, balik lalu jalan darat.

Summary of itinerary (Bagi yang malas nak baca aku membebel kat bawah) :-

Day 1

6.30 am – Depart from LCCT. Naik Air Asia la!

8.00 am – Selesai keluar dari Changi airport dan menuju ke Universal Studio Singapore (USS).

10.00 am –USS baru buka. Bergambar dan main-main sampai muntah.

7.00 pm – Check in hotel.

8.00 pm – Keluar cari makan.


Day 2

9.00 am – Check out. Breakfast. Jalan pergi Chinatown. Beli souvenir kat sini.

11.00 am – Singgah di Mustafa. Ada yang membeli perfume.

2.00 pm – Jalan-jalan di sekitar Merlion Park.

5.00 pm – Mencuba makan di Zam Zam restaurant. Murtabak Singapore sini sangat sedap!

7.30 pm –Gerak ke stesen bas untuk pergi ke Johor Bahru. Sampai di Johor, seingatnya JB sentral, tunggu pulak untuk train berlepas.


Bermulalah jalan-jalan bawak beg yang berat….

Day 1 – 02/07/2011 Saturday - Universal Studio Singapore - Beratur Panjang!

Jumaat malam tu kitorang dah gerak ke LCCT sebab flight adalah seawal 6.30 am. Makanya kami ni tidur jela di airport tu. Macam dah biasalah tidur kat airport ni. Kadang-kadang memang tak boleh nak tidur pun sebab bising. Masa untuk check in semua dan perjalanan dari LCCT ke Changi Airport tak lama, kurang satu jam je, tapi persediaan nak naik dan turun flight setelah tiba, tu yang ambil masa.

Itulah jambatan penghubung Johor & Singapore

Sampai Changi Airport! Yay!


Sesampai di Changi airport, terus je naik MRT untuk ke destinasi pertama iaitu Universal Studio Singapore (USS) yang merupakan tujuan yang utama kitorang datang Singapore ni. Tiket USS dah beli siap-siap online. So, pada yang berbajet tu mohon beli tiket sebulan or dua bulan awal, so takde la terasa sangat keluar banyak duit. :) (Walaupun hakikat nya memang keluar duit banyak pun sebab satu tiket je dah berharga RM170+ pada masa itu).



Di USS, macam-macam lah kau boleh buat. Yang pastinya, bergambar dengan character-character yang famous tu, pastu feeling-feeling kat US. Gitu. Pastu, main lah permainan-permainan yang extreme. Oleh sebab ramai sangat orang, makanya aku rasa banyak masa habis adalah untuk beratur je semata. Huh. Di sini juga disediakan surau, tak risaulah nak solat. Lepas solat, kau boleh sambung main lagi. Eh!
Ada juga disediakan locker. Locker agak mahal, tapi kau boleh share dengan kawan-kawan kau. Nak main-main tak best bawak beg berat. :p

Marilyn Monroe jadian...



Walaupun kami sorok-sorok bawak makanan, tapi still lunch kat dalam ni. Jangan Tanya harga, mahal yang amat. Kitorang lunch kat Mummy restaurant. Okay jela, not bad. Bolehlah buat makan dan tahan sampai dinner nanti.

Sangat kempunan tak dapat naik yang extreme ni sebab masalah teknikal bila aku dah separuh jalan beratur!

Makan soto di Mummy Retaurant


Agak lama jugak kitorang berada kat USS ni. Yela, memanfaatkan masa yang ada kat sini setimpal dengan harga yang dibayar. (T_T). Dah agak lebam kat sini, bergeraklah kami ke hotel untuk check in. Aku agak lupa nama hotel kitorang tapi ianyaterletak di kawasan Jalan Joo Chiat. Kat sini senang nak dapat makanan halal dan harga pula berpatutan. Malam tu, kitorang cari dinner kat area sini je dan balik dari dinner tidur, penat sebab seharian bermain!


Day 2 – 03/07/2011 Sunday - Chinatown, Souvenir, Merlion Park, Murtabak Singapore

Last day, kitorang keluar agak awal sebab banyak tempat nak pergi. Tapi sebelum tu, breakfast dulu. Breakfast berat sikit sebab taktau lagi akan lunch ke tak. Lepas breakfast tu, pergi berjalan-jalan di Chinatown. Di sini banyak kedai menjual souvenir dan harga pun okay lah. Mampu milik. Gitu. Aku beli lah jugak fridge magnet sebagai kenangan.

Masing-masing tengah pilih souvenir!



Kitorang jalan-jalan juga di kedai Mustaffa. Sebab kat sini famous tempat jual perfume yang agak murah. Ada jugalah yang membeli perfume kat sini. Aku? Walaupun harganya murah (katanya), tetap lah aku membajet dan tak beli. (Tapi bila balik Malaysia, menyesal tak beli! Adeh *tepuk dahi*)



Perjalanan diteruskan lagi dengan berjalan di sekitar Raffles place. Makan aiskrim kat sini sambil duduk-duduk tengok sungai di tengah Singapore. Adalah statue-statue kat tepi sungai ni yang boleh nak amik gambar. Disebabkan aku gemuk dan penat dan berpeluh ketiak berjalan dengan bawak berat, makanya aku duduk saje kat sini sambil makan aiskrim!

Sungai di tengah-tengah bandar


Tengah-tengah panas ni memang sedap makan aiskrim!


Keletihan.....


Dari Raffles place ni kitorang berjalan ke arah Merlion Park. Tak jauh sangat pun. Tapi kalau dah seharian suntuk kau berjalan ditambah bawak beg berat, penatlah jugak kan. Huhu. Kat Merlion Park ni ada Lion statue yang kuar air dari mulutnya tu.Pastu boleh la tengok Marina Bay dari kejauhan. Berehat dan lepak di sini sebelum berjalan lagi ke destinasi seterusnya.

Merlion Park yang famous

Marina Bay dari kejauhan....

Bergambar kenangan berlatarbelakangkan Marina Bay. It's a memorable travel!


Acara penutup kami adalah dengan jalan-jalan cari makan di ZamZam Restaurant. Di sini terkenal dengan nasi beriyani dan murtabak Singapore! Sedap! Ianya terletak berdekatan area Bugis Village.

Zam Zam Restaurant



Lepas makan dan kenyang dan bertenaga semula, bergeraklah kami ke stesen bas untuk menaiki bas ke Johor Bahru. Sampai di Johor (JB Sentral), tunggu pulak train untuk pulang ke KL. Dalam train, berehat & tidur!

Berjalan mencari stesen bas

Tunggu train pulang ke KL

Read more ...

Travel - Melarikan Diri : New Year 2011 Di Hat Yai & Songkhla

Friday, January 29, 2016
Bila dah terjebak dengan travel-travel ni dan AirAsia pulak mula advertise ticket promo, apalagi, nafsu nak bercuti tu pun datang! But of course, budget travel.
So, end of Dec 2010, kitorang, geng-geng travel ni pegi ke Hatyai, Selatan Thailand. Ni unplanned decision, terus book flight dan hotel. That was my first time booked a hotel using Agoda. Hotel VL Hatyai, agak best. Apabila menyebut pasal unplanned plan, makanya semua adalah tidak dirancang dan dirancang sewaktu tiba di sana. Terima kasih pada hotel receptionist yang mencadangkan tempat-tempat yang boleh dilawati dan tolong book kan teksi. (Still murah guna teksi sebab divide by 4! :p)

Summary of itinerary (Bagi yang malas nak baca aku membebel kat bawah) :-

Day 1

12.25 pm – Tiba di Hat Yai International Airport & checked in.
3.00 pm – Berjalan di sekitar Bandar Hat Yai dan mencari makan.
11.00 pm – Berjalanlagi di sekitar Bandar Hat Yai dan melihat mereka menyambut New Year 2011.

Day 2

9.00 am – Reclining Buddha and other temples
1.00 pm – Hat Yai Ice Dome
4.00 pm – Floating Market

Day 3

10.00 am – Gerak ke Songkhla dan destinasi pertama adalah Songkhla Zoo.
2.00 pm – Lunch in Samila Beach and visited Golden Mermaid statue.
4.00 pm – Melawat tempat pelabuhan kapal (kot).

Day 4

Balik Malaysia!


Kisah bermula....

Day 1 – 31/12/2010 Friday

Kami tiba di Hat Yai International Airport pada pukul 12.25 pm waktu Thailand. Kitorang sewa cab  dan terus checked in ke VL Hat Yai Hotel. Macam biasa, checked in, unpacked barang dan bersiap sedia untuk keluar. Takkan kau nak duduk je dalam hotel kan walaupun sampai sana dah petang. Sebelum gerak tu, kitorang tanya receptionist apa yang menarik kat Hat Yai ni dan minta dia tolong book teksi untuk 3 hari berikutnya. Bila settle je semua, berjalanlah kitorang di sekitar Bandar Hat Yai itu dan juga mencari tempat makanan halal. Kitorang jumpa tempat halal itu tapi aku lupa nama kedainya. Erk. Bandar nya takdelah besar mana dan seperti bandar-bandar biasa, pada aku macam Bandar Muar saje.:p. Nampak meriah sikit sebab malamnya tu akan ada sambutan tahun baru 2011. Habis jalan-jalan tu, balik bilik, rehat dan bersiap.

Pada malamnya pula, kitorang keluar lagi untuk melihat sambutan New Year 2011 di sana. Okay, yang peliknya belum lagi detik 12 malam, tapi dah ada yang main bunga api, mercun bagai. Sana sini. Tu okay lagi, tapi mercun diorang sangat bahaya sebab diorang main baling je, sedar-sedar dah dengar bunyi letupan dan kadang-kadang tu dekat je dengan kitorang. Oh my! Okay. Berbalik pada cerita sambutan tahun baru di Hat Yai, kitorang berhenti di satu tempat ni di mana macam fun fair game pulak. Ianya macam kau bayar untuk baling benda. Tapi benda yang kau aim tu adalah tempat duduk dan orang yang duduk situ adalah orang perempuan, dan kalau baling tu terkena, perempuan-perempuan ni akan terjatuh dalam air dan of course dia jadi basahlah seluruh badan. Erk. Hmm. Aku tak reti nak explain macam mana, tapi tengoklah gambar kat bawah tu nanti.
Kitoang keluar lambat sebab taknak lama-lama kat luar, so once dah detik 12 malam, kitorang pun cepat-cepat balik hotel.Tak tunggu lama-lama kat situ sebab banyak sangat orang dan nasib baik group kitorang bukanlah semua perempuan. Time ni la rasa bagus ada group travel lelaki ni.



Tahun baru di Hat Yai


Berjalan di sekitar Hat Yai





Permainan lontar dan jatuh yang diceritakan tadi



Day 2 – 01/01/2011 Saturday

Teksi kitorang amik kitorang seawal 9.00 am (kalau aku tak silap). Then kitorang gerak ke destinasi pertama, Reclining Buddha Temple. Ni dah macam kat penang tu, patung Buddha yang sangat besar. Lepas tu visit another temple yang aku tak ingat namanya apa. Maaf. After that, kitorang gerak ke Hat Yai Ice Dome yang tiketnya berharga 300 baht. Tempat ni ala-ala yang kat I-City tu, sebab tu masa aku mula-mula pergi yang kat I-City tu, aku tak excited pun sebab dah pernah pergi yang kat Hat Yaini. (Fyi, Hat Yai yang mula bina benda ni barulah I-City). Dalamnya sejuk macam kau masuk fridge yang besar. Dan adalah ukiran-ukiran ice yang dibina, contohnya bangunan atau apa saja yang melambangkan trademark sesebuah negara. Yup, adalah KLCC di situ. Lepas dah abis beku kat situ, kitorang mula bergerak untuk melihat apalagi yang ada di situ. Terdapat juga tempat untuk melihat pameran bunga dan pameran-pameran lain.
Setelah puas lepak kat Hat Yai Ice Dome tu, kitorang gerak ke Floating Market. Thailand memang terkenal dengan floating market ni. Macam pasar malam dan ada yang menjual di atas sampan. Gitu. Yang kat Hat Yai ni ada saje makanan yang halal. Tapi, terdapat juga makanan-makanan eksotik. Mohon try cuba. Aku tak try. Sekian.


Reclining Buddha








Other than ice... In Ice Dome



Floating Market



Insya-ALLAH halal :)





Makanan eksotik yang diceritakan itu


Day 3 – 02/01/2011 Sunday

Oleh sebab Hat Yai takde apa sangat melainkan sebuah bandar kecil kitorang pun gerak ke Songkhla. Perjalanannya tak lama mana pun (sampai tak ingat haa sekejap je kot). Apa kitorang buat kat Songkhla? Pertama sekali melawat Songkhla Zoo. Zoo Negara pun kau pegi masa kecik je yg dah berbelas tahun yang lepas, tapi kau pegi  pulakSongkhla Zoo ni kan. Hmm. Kat zoo, macam biasa la kan, tengokhaiwan-haiwan yang tak banyak beza pun kat Zoo Negara. Ada seal show, bagi makan rusa… ke kancil? Erk.Dapat pegang anak leopard dan gajah. Jakun sikit.

Tengah harinya, makan kat Songkhla berdekatan pantai. Again, aku lupa apa nama pantainya. Harap maafin. Aktiviti diteruskan dengan berjalan-jalan di Samila beach. Di sini ada Golden Mermaid statue yang agak popular dan katanya kalau pegang (especially kat bahagian breast) mermaid ni impian jadi kenyataan. Jangan percaya! Aku amik gambar suka-suka je.:p Selepasitu, kitorang pegi jugak melawat tempat kapal-kapal berlabuh. Ini disebabkan one of the travel member dulu pernah kerja situ. So, kiranya melawat tempat jatuh lagi kan dikenang. Gitu.



On the way to Songkhla


Songkhla Zoo



Seal Show


Samila Beach


The Golden Mermaid


Pelabuhan kapal


Day 4 – 03/01/2011 Monday

Baliklah ,balik! Kembali ke pangkal jalan.

Read more ...

Travel - Bali

Thursday, October 22, 2015
Bali adalah tempat yang pertama aku travel oversea. Menarik. Sepatutnya pergi berenam, it turned out to be 4. Kak Diana (my ex-roommate) tak jadi pergi disebabkan masalah kesihatan. So, bila dia tak pergi secara automatiknya kawan dia (Kak Tini), pun tak jadi pergi. Makanya, kitorang yang tinggal berempat ni pun proceed jela. Dengan tak tau apa sangat (sebab semuanya Kak Diana yang handle), so redah n redha jela.


Secara ringkas itinerary (Bagi mereka yang tak berminat nak baca cerita aku yang tak menarik sangat tu) :-

Day 1

10.00 am – Sampai di airport dan makan tengah hari di Ayam Penyet Wong Solo. Check in di Kuta Beach.
4.00 pm – Melawat Uluwatu
8.00 pm – Dinner di Jimbaran Seafood

Day 2

9.00 am – Melawat Nusa Dua beach dan beberapa pantai yang lain (Seminyak beach).
10.00 am – Melawat pameran lukisan dan padi bukit.
11.00 am – Tiba di Kintamani Volcano.
3.00 pm – Melawat tempat pemprosesan kopi luwak.

Day 3

3-4.00 am – Mula bergerak ke Lovina beach untuk tengok wild dolphin.
9.00 am – Gitgit Waterfall.
3.00 am – Temple of Lake
5.00 am – Sunset in Tanah Lot.

Day 4

9.00 am – Kuta Beach

10.00 am – Erlangga 2

Dan ini adalah facebook Yanto


Kisah bermula...

Day  1 – 30/10/2010 Saturday

Bertolak pagi pukul 7 a.m (kalau tak silap), dan sampai sana lebih kurang pukul 10 a.m. Sampai je, kitorang cari supir kitorang (Yanto). Yang lawaknya dia tulis kat kertas nama kaka Manda, "Hidayati" actually nama kaka Manda adalah "Nurulhidayat". Haha. Agak keliru lah di situ.
Dah jumpa Yanto, dia pun bawak kitorang pergi makan tengah hari terus kat Ayam Penyet Wong Solo. Sedap! (Tapi lagi suka yang Betty Banafee punya kat JB kot :P). Minum pulak, rasanya aku amik air mangga kot.Sedap juga.
Lepas makan gerak ke hotel (hotel murah, destinasi bajet hokkay!). Nama hotel tu, Pesona Inn kot. Aku dah lupe la. 5 years back, what did u expect? :P Takkan aku nak ingat suma. Huhu.
 Welcome to Bali

Makan dulu di Ayam Penyet Wong Solo



Ok, berbalik pada cerita Bali. So, check in. Agak murah & besar la bilik. Untuk 3 malam (kalau aku tak silap), satu bilik RM400. So, kalau share berdua, sorang RM200 la (Jujurnya aku tak ingat, tapi memang murah). Murah la kot kan sebab bilik agak besar dan siap ada bath tub lagi tau! Selepas berehat dan kemas sikit, petang tu Yanto bawak kitorang pegi Uluwatu. Fyi, aku lupa la jumlah service Yanto ni.


Ok, sambung cerita. Agak jauh jugak la Uluwatu ni. Sampai saja dah petang hampir ke maghrib. Nak masuk tu kena bayar dulu (Lupe! aku rasa dalam 300000 rupiah). Sebelum masuk tu, bagi yg menutup aurat (pakaian lengkap la) tak kira la lelaki keperempuan, perlu mengikat kain yang berwarna kuning kat pinggang (kain ni akan disediakan). Tapi bagi yang tidak menutup aurat (contohnya pakai seluar or skirt atas lutut), dikehendaki memakai kain yang berwarna purple (Ala2 pakai kain pelikat or kain batik, tapi takde la labuh mana pun) .Then, jalan la menyusuri batu-batuan itu. Ha, kat sini mmg banyak sangat monyet! Tapi monyet tu semua terlebih jinak la pulak. Yang pakai spek/shades tu, sila simpan, kang kena rembat dengan monyet tu semua.

Perjalanan diteruskan sampai la tempat show. Owh, lupa bagitau. Di sini ada persembahan yang dinamakan Kecak Dance. Show yang menunjukkan sejarah hindu (Rasanya la. Sebab Bali kan ramainya penganut hindu). Show tu bermula petang  sehingga ke malam. Terhibur jugak la tengok. Ada watak baik, ada watak jahat. Walaupun takde dialog. Hehehe.
Sebelum gerak balik tu, sempat la bergambar dgn watak2 itu. Yang aku ingat heronya nama Hanuman. Gerak balik, tapi sebelum sampai hotel, kitorang dinner kat seafood restaurant dulu bernama Jimbaran seafood. Kat sini, kalau Yanto (Islam) tu kata halal, kami pun redah n redha saje. Sebabnya untuk cari makanan yang halal kat Bali agak susah jugak. Ia tak macam kat Jakarta or Bandung (macam la aku pernah pergi kan! Takpe, one day I will, Insya-ALLAH Amin!). So, makan kat kedai yang tepi pantai. Kitorang punya meja tu memang menghadap laut la. Hamboiihh...



Uluwatu

Kecak Dance

Hanuman

Jimbaran Seafood

Habis makan, gerak balik. Sampai hotel, mandi, solat jamak. Tengah malam tu, kitorang keluar jalan-jalan. Owh, baru aku ingat, hotel kitorang tu berdekatan dengan pantai Kuta. So, dekat jugak la nak jalan-jalan kat pantai tu. Bila malam, memang ramai la orang kat pantai Kuta tu. Huhuhu. Pelbagai aksi 18sx yang ada. Nasib baik aku dah cukup umur, tapi tetaplah aku tak suka nak tengok benda itu secara live. Kalau lelaki pula, ada yang tanpa segan silu membuang kat tepi pantai itu. Adoiyaiii! Memang rosak minda duduk situ. So, kitorang melepak kat tepi pantai. Tengok pantai. Tengok langit. Tengok bintang. Dengar ombak rindu. Eh! Agak-agak dah kurang orang, baru balik bilik.


Day 2 – 31/10/2010 Sunday

Hari keduanya, kitorang pergi beberapa tempat. Bermula dengan Nusa Dua beach. Time tu cuaca panas gile! Yang bestnya, ada pokok senget kat sini. Kitorang sightseeing je kat sini, takde makna nak mandi bagai. Selepas tu pula, kitorang gerak ke satu pantai ni, aku lupa la pula apa namanya! Kat sini pun panas dan kitorang just amik gambar. 


Nusa Dua Beach (Pokok yang senget)

Teruskan perjalanan dan sebenarnya plan yang utama adalah untuk ke Kintamani Volcano tu. Tapi agak jauh. So, dalam perjalanan tu, singgah menyinggah ler kat beach-beach tu semua. Singgah juga tempat pameran lukisan. Dalam perjalanan nak menuju ke Kintamani, lalu la satu tempat ni. Lupa lagi apa nama tempat itu! Tapi ada la kawasan padi bukit. First time tengok padi bukit yag sebenar-benarnya. Dulu tau padi bukit ni masa belajar geografi. Lawa! Sangat lawa. Kalau amik gambar, macam gambar yang dilukis, gitu. Kat sini dah mula hujan. So, takde la stay lama sangat kat sini. Satu lagi nak bagitau, kat sini dah start ada budak-budak yang bawak barang-barnag souvenir untuk dijual. Tapi dialog diorang sama je! Kitorang yang memang kedekut dan berbajet ni, memang tidak terpedaya lah. Tapi ada juga yang datang dekat suruh beli, bila tak nak beli, tak bergerak pula tu. Aku pulak jadi takut. Huhuhu.

Melihat pameran lukisan

Padi Bukit

Perjalanan diteruskan lagi beberapam jam (kot), barulah sampai kat Kintamani ni. Aku rasa ia macam ala-ala Cameron Highlands kot. Kat sini memang sejuk la. Kitorang tak dapat tengok sangat gunung berapi sebab masa tu hujan, ada saja awan yang menghalang. Lama jugak la kat sini. Sampai dah tak tau nak amik gambar ape. Last2 amik video je. Bila tengok balik video, sangat kelakar, hokkay! Rindunyaaa!! (T_T)

Kintamani Volcano

Sudah puas tengok gunung tu, kitorang pun gerak balik. Tapi tak terus balik hotel, menyinggah lagi untuk mengopi iaitu tempat pemprosesan kopi luwak. Jumpa lah binatang bernama luwak ni, yang katanya macam musang, tapi kecil. Di Indonesia, kopi luwak ni halal diminum, tapi di Malaysia diharamkan. Play safe, aku memang tak minum la. Di sini terdapat juga kopi lain selain kopi luwak. Tiba lah sesi merasa ke semua jenis minuman. Free of charge. So, minum jela. :p

Inilah Luwak nya (tidur saja)

Kopi Luwak

Bakar dulu biji nya

Selain kopi luwak


Day 3 – 1/11/2010 Monday

Hari ni kena bangun awal. Seawal jam 3-4 pagi! Oh my! Sebab nya kitorang kena gerak ke Lovina beach untuk tangkap wild dolphin. Bukan tangkap betul-betul, tapi tangkap gambar jela. Perjalanan dari Kuta ke Lovina ni mengambil masa 2-3 jam perjalanan. Sebab tu la kena bangun awal. Bukan itu sahaja, wild dolphin ni juga akan kelihatan di waktu pagi, waktu lain aku tak sure . :p Dengan baju tidur dan packed juga pakaian untuk persalinan, kitorang pun gerak lah ke Lovina. Berhenti solat subuh, dan teruskan lagi perjalanan. Sampai je sana, matahari mula menunjukkan muka. Kitorang diarah naik sampan yang disediakan khas untuk tujuan mengejar wild dolphin ni. Sampan nya agak unik. Kau macam duduk atas kerusi sebab kaki kau ke bawah. Aku pun taktau macam mana nak explain. Keke. Mulalah misi mencari wild dolphin ni. Cari punya cari, barulah ia munculkan diri. Aku hanya dapat tangkap gambar dari jarak yang jauh. Dan masa ni camera aku guna hanyalah camera cikai biasa. Tak dapat nak zoom jauh bagai. Puas hati jugak lah dapat jumpa. Walaupun tak dapat datang dekat. At least, takde lah tengok yang dah jinak yang selalu ada kat aquarium tu. Eh. Selepas tu, kitorang dibawa oleh Yanto ke Gitgit waterfall untuk mandi manda. (Erk, yang ni aku tak amik gambar, tapi memang sangat cantik!)



Tu haa wild dolphin

On the way balik tu, kitorang singgah Temple of Lake. Famous jugak lah tempat ni. Temple yang dibina sebelah tasik. Gitu. Sebelum pulang ke hotel, kitorang singgah juga di Tanah Lot. Tempat tumpuan pelancong. Ada juga kedai-kedai menjual souvenir tapi aku tak beli apa pun. Tanah Lot ni pun ada temple juga dan ia adalah tepi tebing pantai. Lama juga kitorang kat sini. Ada juga disediakan tempat untuk tengok sunset. Jadi, kitorang pun habiskan masa dengan tengok sunset.
Temple of Lake

Temple yang di atas tasik

Tanah Lot



Sesampai saja di hotel, seperti biasa kitorang bersihkan diri dan malam tu keluar untuk berjalan di sekitar Kuta. Macam biasa, pergi menyinggah Hard Rock café dan membeli. Kitorang juga try pizza hut (atas cadangan budak forum) kat sini. Memang sedap dan isi topping nya memang tebal!

Hard Rock Cafe Bali

Day 4 – 2/11/2010 Tuesday

It’s time to go home. :( Pagi tu Yanto datang amik kitorang. Tapi flight kitorang petang. So, pagi tu dia amik untuk bawak kitorang pergi beli souvenir. Yang aku ingat, kitorang pergi Erlangga 2. Di sini, aku habiskan rupiah aku dengan membeli souvenir untuk family iaitu t-shirt dan kain pelikat. Sebelum pulang tu, makan tengah hari, untuk habiskan lagi rupiah yang ada.

Kuta Beach

Yanto The Tour Guide

Erlangga 2

Beli belah

Habiskan rupiah sebelum balik Malaysia

Read more ...