Secara ringkas itinerary (Bagi mereka
yang tak berminat nak baca cerita aku yang tak menarik sangat tu) :-
Day 1
10.00 am – Sampai di airport dan makan
tengah hari di Ayam Penyet Wong Solo. Check in di Kuta Beach.
4.00 pm – Melawat Uluwatu
8.00 pm – Dinner di Jimbaran Seafood
Day 2
9.00 am – Melawat Nusa Dua beach dan
beberapa pantai yang lain (Seminyak beach).
10.00 am – Melawat pameran lukisan dan
padi bukit.
11.00 am – Tiba di Kintamani Volcano.
3.00 pm – Melawat tempat pemprosesan
kopi luwak.
Day 3
3-4.00 am – Mula bergerak ke Lovina
beach untuk tengok wild dolphin.
9.00 am – Gitgit Waterfall.
3.00 am – Temple of Lake
5.00 am – Sunset in Tanah Lot.
Day 4
9.00 am – Kuta Beach
10.00 am – Erlangga 2
Dan ini adalah facebook Yanto
Kisah bermula...
Day
1 – 30/10/2010 Saturday
Bertolak pagi pukul 7 a.m (kalau tak silap),
dan sampai sana lebih kurang pukul 10 a.m. Sampai je, kitorang cari supir
kitorang (Yanto). Yang lawaknya dia tulis kat kertas nama kaka Manda,
"Hidayati" actually nama kaka Manda adalah "Nurulhidayat".
Haha. Agak keliru lah di situ.
Dah jumpa Yanto, dia pun bawak kitorang
pergi makan tengah hari terus kat Ayam Penyet Wong Solo. Sedap! (Tapi lagi suka
yang Betty Banafee punya kat JB kot :P). Minum pulak, rasanya aku amik air
mangga kot.Sedap juga.
Lepas makan gerak ke hotel (hotel murah,
destinasi bajet hokkay!). Nama hotel tu, Pesona Inn kot. Aku dah lupe la. 5
years back, what did u expect? :P Takkan aku nak ingat suma. Huhu.
Welcome to Bali
Makan dulu di Ayam Penyet Wong Solo
Ok, berbalik pada cerita Bali. So, check
in. Agak murah & besar la bilik. Untuk 3 malam (kalau aku tak silap), satu bilik
RM400. So, kalau share berdua, sorang RM200 la (Jujurnya aku tak ingat, tapi
memang murah). Murah la kot kan sebab bilik agak besar dan siap ada bath tub
lagi tau! Selepas berehat dan kemas sikit, petang tu Yanto bawak kitorang pegi Uluwatu.
Fyi, aku lupa la jumlah service Yanto ni.
Ok, sambung cerita. Agak jauh jugak la
Uluwatu ni. Sampai saja dah petang hampir ke maghrib. Nak masuk tu kena bayar dulu
(Lupe! aku rasa dalam 300000 rupiah). Sebelum masuk tu, bagi yg menutup aurat
(pakaian lengkap la) tak kira la lelaki keperempuan, perlu mengikat kain yang berwarna
kuning kat pinggang (kain ni akan disediakan). Tapi bagi yang tidak menutup
aurat (contohnya pakai seluar or skirt atas lutut), dikehendaki memakai kain
yang berwarna purple (Ala2 pakai kain pelikat or kain batik, tapi takde la
labuh mana pun) .Then, jalan la menyusuri batu-batuan itu. Ha, kat sini mmg
banyak sangat monyet! Tapi monyet tu semua terlebih jinak la pulak. Yang pakai spek/shades
tu, sila simpan, kang kena rembat dengan monyet tu semua.
Perjalanan diteruskan sampai la tempat
show. Owh, lupa bagitau. Di sini ada persembahan yang dinamakan Kecak Dance.
Show yang menunjukkan sejarah hindu (Rasanya la. Sebab Bali kan ramainya
penganut hindu). Show tu bermula petang
sehingga ke malam. Terhibur jugak la tengok. Ada watak baik, ada watak jahat.
Walaupun takde dialog. Hehehe.
Sebelum gerak balik tu, sempat la bergambar dgn
watak2 itu. Yang aku ingat heronya nama Hanuman. Gerak balik, tapi sebelum
sampai hotel, kitorang dinner kat seafood restaurant dulu bernama Jimbaran
seafood. Kat sini, kalau Yanto (Islam) tu kata halal, kami pun redah n redha saje.
Sebabnya untuk cari makanan yang halal kat Bali agak susah jugak. Ia tak macam
kat Jakarta or Bandung (macam la aku pernah pergi kan! Takpe, one day I will,
Insya-ALLAH Amin!). So, makan kat kedai yang tepi pantai. Kitorang punya meja tu
memang menghadap laut la. Hamboiihh...
Uluwatu
Kecak Dance
Hanuman
Jimbaran Seafood
Habis
makan, gerak balik. Sampai hotel, mandi, solat jamak. Tengah malam tu, kitorang
keluar jalan-jalan. Owh, baru aku ingat, hotel kitorang tu berdekatan dengan pantai
Kuta. So, dekat jugak la nak jalan-jalan kat pantai tu. Bila malam, memang ramai
la orang kat pantai Kuta tu. Huhuhu. Pelbagai aksi 18sx yang ada. Nasib baik aku
dah cukup umur, tapi tetaplah aku tak suka nak tengok benda itu secara live. Kalau
lelaki pula, ada yang tanpa segan silu membuang kat tepi pantai itu. Adoiyaiii!
Memang rosak minda duduk situ. So, kitorang melepak kat tepi pantai. Tengok pantai.
Tengok langit. Tengok bintang. Dengar ombak rindu. Eh! Agak-agak dah kurang
orang, baru balik bilik.
Day 2 – 31/10/2010 Sunday
Hari keduanya, kitorang pergi beberapa tempat. Bermula
dengan Nusa Dua beach. Time tu cuaca panas gile! Yang bestnya, ada pokok senget
kat sini. Kitorang sightseeing je kat sini, takde makna nak mandi bagai.
Selepas tu pula, kitorang gerak ke satu pantai ni, aku lupa la pula apa namanya!
Kat sini pun panas dan kitorang just amik gambar.
Nusa Dua Beach (Pokok yang senget)
Teruskan
perjalanan dan sebenarnya plan yang utama adalah untuk ke Kintamani Volcano tu.
Tapi agak jauh. So, dalam perjalanan tu, singgah menyinggah ler kat beach-beach
tu semua. Singgah juga tempat pameran lukisan. Dalam perjalanan nak menuju ke Kintamani,
lalu la satu tempat ni. Lupa lagi apa nama tempat itu! Tapi ada la kawasan padi
bukit. First time tengok padi bukit yag sebenar-benarnya. Dulu tau padi bukit
ni masa belajar geografi. Lawa! Sangat lawa. Kalau amik gambar, macam gambar
yang dilukis, gitu. Kat sini dah mula hujan. So, takde la stay lama sangat kat
sini. Satu lagi nak bagitau, kat sini dah start ada budak-budak yang bawak barang-barnag
souvenir untuk dijual. Tapi dialog diorang sama je! Kitorang yang memang kedekut
dan berbajet ni, memang tidak terpedaya lah. Tapi ada juga yang datang dekat suruh
beli, bila tak nak beli, tak bergerak pula tu. Aku pulak jadi takut. Huhuhu.
Melihat pameran lukisan
Padi Bukit
Perjalanan
diteruskan lagi beberapam jam (kot), barulah sampai kat Kintamani ni. Aku rasa ia
macam ala-ala Cameron Highlands kot. Kat sini memang sejuk la. Kitorang tak dapat
tengok sangat gunung berapi sebab masa tu hujan, ada saja awan yang menghalang. Lama jugak la kat sini. Sampai dah tak tau nak amik gambar
ape. Last2 amik video je. Bila tengok balik video, sangat kelakar, hokkay!
Rindunyaaa!! (T_T)
Kintamani Volcano
Sudah
puas tengok gunung tu, kitorang pun gerak balik. Tapi tak terus balik hotel,
menyinggah lagi untuk mengopi iaitu tempat pemprosesan kopi luwak. Jumpa lah
binatang bernama luwak ni, yang katanya macam musang, tapi kecil. Di Indonesia,
kopi luwak ni halal diminum, tapi di Malaysia diharamkan. Play safe, aku memang
tak minum la. Di sini terdapat juga kopi lain selain kopi luwak. Tiba lah sesi
merasa ke semua jenis minuman. Free of charge. So, minum jela. :p
Inilah Luwak nya (tidur saja)
Kopi Luwak
Bakar dulu biji nya
Selain kopi luwak
Day 3 – 1/11/2010 Monday
Hari ni kena bangun awal. Seawal jam 3-4 pagi!
Oh my! Sebab nya kitorang kena gerak ke Lovina beach untuk tangkap wild
dolphin. Bukan tangkap betul-betul, tapi tangkap gambar jela. Perjalanan dari
Kuta ke Lovina ni mengambil masa 2-3 jam perjalanan. Sebab tu la kena bangun
awal. Bukan itu sahaja, wild dolphin ni juga akan kelihatan di waktu pagi,
waktu lain aku tak sure . :p Dengan baju tidur dan packed juga pakaian untuk
persalinan, kitorang pun gerak lah ke Lovina. Berhenti solat subuh, dan
teruskan lagi perjalanan. Sampai je sana, matahari mula menunjukkan muka.
Kitorang diarah naik sampan yang disediakan khas untuk tujuan mengejar wild
dolphin ni. Sampan nya agak unik. Kau macam duduk atas kerusi sebab kaki kau ke
bawah. Aku pun taktau macam mana nak explain. Keke. Mulalah misi mencari wild
dolphin ni. Cari punya cari, barulah ia munculkan diri. Aku hanya dapat tangkap
gambar dari jarak yang jauh. Dan masa ni camera aku guna hanyalah camera cikai
biasa. Tak dapat nak zoom jauh bagai. Puas hati jugak lah dapat jumpa. Walaupun
tak dapat datang dekat. At least, takde lah tengok yang dah jinak yang selalu
ada kat aquarium tu. Eh. Selepas tu, kitorang dibawa oleh Yanto ke Gitgit
waterfall untuk mandi manda. (Erk, yang ni aku tak amik gambar, tapi memang
sangat cantik!)
Tu haa wild dolphin
On the
way balik tu, kitorang singgah Temple of Lake. Famous jugak lah tempat ni. Temple
yang dibina sebelah tasik. Gitu. Sebelum pulang ke hotel, kitorang singgah juga
di Tanah Lot. Tempat tumpuan pelancong. Ada juga kedai-kedai menjual souvenir
tapi aku tak beli apa pun. Tanah Lot ni pun ada temple juga dan ia adalah tepi tebing
pantai. Lama juga kitorang kat sini. Ada juga disediakan tempat untuk tengok
sunset. Jadi, kitorang pun habiskan masa dengan tengok sunset.
Temple of Lake
Temple yang di atas tasik
Tanah Lot
Sesampai
saja di hotel, seperti biasa kitorang bersihkan diri dan malam tu keluar untuk
berjalan di sekitar Kuta. Macam biasa, pergi menyinggah Hard Rock café dan membeli.
Kitorang juga try pizza hut (atas cadangan budak forum) kat sini. Memang sedap
dan isi topping nya memang tebal!
Hard Rock Cafe Bali
Day 4 – 2/11/2010 Tuesday
It’s time to go home. :( Pagi tu Yanto datang amik kitorang. Tapi flight
kitorang petang. So, pagi tu dia amik untuk bawak kitorang pergi beli souvenir.
Yang aku ingat, kitorang pergi Erlangga 2. Di sini, aku habiskan rupiah aku
dengan membeli souvenir untuk family iaitu t-shirt dan kain pelikat. Sebelum pulang
tu, makan tengah hari, untuk habiskan lagi rupiah yang ada.
Kuta Beach
Yanto The Tour Guide
Erlangga 2
Beli belah
Habiskan rupiah sebelum balik Malaysia
































No comments:
Post a Comment